Wednesday, January 11, 2017

Kenangan Abadi

Assalamualaikum.
(Perhatian: Entry panjang again)

Lama juga rasanya aku tinggalkan blog ni. Hampir setahun, last update bulan 3 tahun lepas kott!
Jam menunjukkan pukul 3.51 am. aku tak dapat nak lelapkan mata dan tetiba teringat pasal blog ni, so marilah menaip sebentar.

Well, sebenarnya banyak sesangat benda yang berlaku dalam hidup aku sepanjang aku tak menulis blog ni. Perkara yang baik mahupun yang buruk. So sekarang, aku akan mulakan dengan perkara yang paling indah dan manis ye.

Yes, perkara yang paling indah dan manis yang berlaku dalam hidup aku ialah apabila aku dinaikkan satu pangkat dalam keluarga iaitu Makcik. Yesza, aku dah jadi seorang makcik oii wahai penduduk jelata. Perasaan pada masa tu, tak tahu nak gambarkan macam mana, happy sangat! Anugerah yang tidak ternilai! Adakah ini perasaan sebenar seseorang bila dah dapat anak sedara?? Atau aku je yang over perasaan ni? (kesat air mata 😂😂)

Cerita bermula pabila...
Tanggal 16 April 2016, sepatutnya pada tarikh ni Mak dan Abah buat kenduri doa selamat atas banyak sebab dan salah satu sebabnya ialah sebab akak hanim (my one and only kakak ipar) pregnant. Nak dijadikan cerita, along dan akak pun balik la ke rumah sebab kenduri ni. Malam 15 April 2016, akak dah nampak macam lain, pegang pegang perut.
Tapi, aku takde lah nak ambik port ingatkan masuk angin ke apa. So, the next morning, aku bangun pagi (ofcourse la bangun awal sebab kenduri kan. kalau tak. hm..) rasa pelik pulak. Tapi still tak ambik port sebab pepagi sape je la yang ada mood (?)

Tetiba fon mak berbunyi...
Waktu tu aku dengar ayat mak "haa, dah bersalin?" Kepala otak aku masa tu ligat berfikir, siapa yang dah bersalin? Kenapa kena bagitahu mak?(sebab nada suara mak terlalu terkejut) Lepastu lama mak dah bercakap, then coversation end, Teruslah aku menjadi kepoh (seperti biasa memang menyibuk bila ada orang call mak) tanya mak.

RUPANYA YANG BERSALIN TU, KAKAK IPAR AKU!
Patut lah pelik semacam kenapa tak nampak along dengan akak pagi tu. Takkan dieorang tak bangun lagi. rupanya mereka dah di hospital. Waktu aku tahu akak dah bersalin tu, perasaan tu tak dapat diungkapkan dengan kata. Dalam kegembiraan, terselit jua perasaan sedih. Mak bagitahu yang rupanya haritu merupakan Birthday arwah Iris (Anak sedara akak Hanim which is sepupu anak sedara aku ni lah) So, akak agak sedih sebab  teringatkan arwah Iris (Al Fatihah Iris) tetapi perkara yang perlu dirisaukan sekarang ialah dimana anak sedara aku yang baru lahir ini tak cukup bulan dan dia hanya berusia 6 Bulan.

Pada ketika itu, semuanya memerlukan kekuatan doa untuk baby survive sebab baby pramatang. Baby masa tu duduk dalam NICU dan parents je boleh tengok. Ketika itu, doktor bagi tempoh 24 hari je untuk baby survive. Tak sangka, baby survive! dan sangat aktif katanya! ALHAMDULILLAH!! Tapi doktor masih suruh parents baby jangan terlalu lega dan masih kena berhati-hati dan doktor bagi lagi tempoh seminggu untuk baby survive. ALHAMDULILLAH lagi sekali baby survive. So, boleh menarik nafas lega. :)


Oh lupa nak bagitahu, nama anak sedara kesayangan aku tu ialah Harraz Al Syazwi bin Ahmad Al Syafiq. Harraz yang bermaksud yang amat warak manakala Syazwi ialah keharumanku. Hensemkan nama dia, sama hensem dengan maksud dia :)

Fast foward cite, akak kena berpantang di rumah disebabkan baby duduk kat HTAA maka along pun kena berulang alik la KL Kuantan masa tu. Sepanjang aku balik semula ke KL hampir setiap hari aku whatsapp mak nak tanya pasal Harraz. YES, SETIAP HARI.

Gambar ni masa Harraz masih lagi lena diulit mimpi dalam perut :)

Sekarang aku nak bagitahu pula mengenai perkara yang tidak best. Tadi dah cerita yang best. :(


Langit tak selalu cerah, nak dijadikan cerita masa tu cuti hari buruh. Aku balik Kuantan sebab cuti lama. so tarikh aku balik semula ke KL ialah 2 Mei 2016 2pm. Masa tu memang aku ada rasa tak sedap hati dah nak balik KL, tak tahu kenapa boleh rase. Tapi proceed je balik. Sampai kolej dalam maghrib. Masa tu aku baru siap mandi, dan tetiba dapat call daripada along dan along bagitahu "Acik, doktor cakap Harraz tenat" bagai ditusuk hatiku, perasaan sedih menyelubungi diri ini.

Aku jadi blur dan aku tanya along apa yang perlu aku buat. Along cakap nanti apa apa hal dia inform balik. maybe akan balik Kuantan. So, lepas dapat berita tu berdesup aku buat solat hajat supaya Harraz selamat. Dan aku terus inform ke aunty2 angkat Harraz (Athirah dan Farhana) dan kawan-kawan universiti untuk doakan Harraz. Ramai sangat yang doakan Harraz. Syukur. Dan akhirnya, along cakap dia nak balik jugak malam tu dan dia suruh aku bersiap sebab dia nak ambik.

So dalam pukul 10.30 macam tu, along datang ambik kat Kolej. So pulanglah kami ke Kuantan, Dalam perjalanan tu, memang rasa lain la. Tak ada la rasa happy macam biasa. Dalam perjalanan along bukak cite yang dia ada bau kapur barus masa kat tempat keje dia. Tapi,  masa tu aku masih kuat dan bagitahu perkara positif kat along.
Pukul 12.07am, Akak whatsapp tanya ada kat mana. Then tak lama lepastu, akak call pulak aku dan suruh aku bgtahu along untuk berhentikan kereta kat tepi jalan sebab dia nak cakap dengan along. Sumpah, masa tu hati aku memang tak sedap sangat.

Rupanya, panggilan akak tu untuk memberitahu yang Harraz dah pergi meninggalkan kami semua. YA Allah, tak ku sangka begitu cepat masa dan hanya seketika kau bagi Harraz kepada kami. Kami redha dan terima suratan takdir ini. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Kami merancang, Engkau jua merancang dan Engkau lah sebaik-baik perancang.

Lepas dah terima berita kematian tu, terus along pecut drive balik. Sepanjang perjalanan aku menangis begitu jua along. Ada juga saat dimana along menceritakan kenangan  bersama Harraz ketika Harraz masih di dalam perut dan juga bila sudah lahir. Jenazah Harraz dibawa pulang ke rumah Tok disebabkan rumah aku masa tu tengah renovation.

Saat yang paling sebak ialah ketika aku melihat sekujur tubuh kaku dihadapanku. Tiada bau baby, tiada suara baby, yang ada hanya tubuh kaku yang dibaluti kain putih. Ya, aku hanya dapat dakap, sentuh mahupun cium Harraz ketika jasad dan rohnya telah terpisah. Sedih bagai tiada esoknya, Akhirnya, pada malam tu aku, mak, along, akak dan tok tidur di keliling jasad Harraz. Pada pagi keesokkan harinya, Harraz selamat dikebumikan. Alhamdulillah.

10 hari sebelum menjelangnya Birthday aku, Harraz lahir. aku kira itu hadiah yang paling bermakna untuk hari jadiku yang ke 21 tahun :)
Cukup 17 hari Harraz hidup di bumi yang fana ini dan akhirnya Harraz pergi menghadap ilahi. Al Fatiha putera kecil. You will be missed. Harraz cucu pertama dalam family aku dan cicit tok yang pertama! No one can replace you.

Kubur Harraz sebelum di letakkan buluh. (Letak buluh keliling sebab haritu orang tak perasan kewujudan kubur tu dan kena pijak since ia kecik sangat)

Harini dah 11 Januari 2017. Dah masuk tahun baru dah pun. Nak dekat setahun dah Harraz pergi, tapi Harraz masih tetap dalam ingatan dan hati acik. ;)

Lupa nak cakap, aku dah nak masuk sem 4. Tak sangka begitu cepat masa berlalu, dah tahun dua dah. Harap result final sem 3 okay lah. Aamiin.

SELAMAT HARI JADI CIKSU! 14 tahun dah diaaa. 5 Januari 2003

Ada satu lagi lupa nak cerita, masa Harraz lahir, aku dengan adik berebut dengan panggilan "Ciksu" tapi disebabkan adik bongsu, maka lebih layak dengan panggilan tu, i iz redho pasghah menyeghah beb. hahaha
Since panggilan aku ialah "Acik" dalam family, so aku kena panggil "Makcik" la kan?? NO MAN! Aku masih muda (muntah jap) dan rasa tak sesuai dengan panggilan itu sebab tulah berebut dengan adik panggilan tu. Cadangan abah pulak panggil "Che Su Cik" Hmm, tapi sory. I dah ade panggilan lain, hehe. :P nantikannn....

Azan subuh dah berkumandang, marilah kita menunaikan apa yang patut.
Sekian, Selamat pagi, Assalamualaikum.

P/s: Tahun baru, azam masih proceed azam yang lama hahahaa.
Thanks kerana sudi baca entry saya..Jangan lupa untuk FOLLOW/COMMENT/LIKE..hehe :)

No comments:

 
Copyrights reserved by Nooral Aisyah Syahirah since 2 OCTOBER 2010. Designed-edited by Amanina Jailani.