Thursday, January 26, 2012

Perkataan JANGAN dalam Islam



Assalamualaikum...

Hari ni aku nak berkongsi sikit ilmu pasal perkataan JANGAN dalam ISLAM..
sila-sila baca..jangan malu-malu,jangan segan-segan..hehe

  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikkan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

  • JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita, hilang bahagia.

  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

  • JANGAN terlalu susahkan hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

  • JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam...





p/s: ISLAM itu agama yang indah...
      saya bangga sebab dilahirkan dalam agama ISLAM :)








Thanks kerana sudi baca entry saya..Jangan lupa untuk FOLLOW/COMMENT/LIKE..hehe :)

 
Copyrights reserved by Nooral Aisyah Syahirah since 2 OCTOBER 2010. Designed-edited by Amanina Jailani.