Tuesday, September 22, 2015

Flashback. Bangkit Kembali Setelah Jatuh Tersungkur

Assalamualaikum. Hello my blog! 

*AMARAN: Entry panjang

Its been a long time since im didnt update my blog.

Maka sesi kemas mengemas pun berlaku.
(Aku dah delete post2 yang aku rasa agak childish, zaman sekolah dulu punya post kot. gila x matang masa tu hahaha)

Aku banyak sebenarnya cerita nak kongsi. Tapi, asyik malas menyelubungi diri.
Last update tahun 2012 kot. Dan, sekarang dah bulan September 2015. Gila ko x banyak cerita sepanjang 3 tahun ni.

2012:

Aku SPM.
Masa tu bukan rajin sangat belajar, tapi aku ada la juga usaha yang x seberapa tu. Lagipun masa tu x sabar nak habis sekolah, nak kerja dan dapat duit sendiri. Aku bayangkan indahnya dunia bila kita kerja dapat duit sendiri, boleh belanja ikut suka hati. Diri x terikat dengan sekolah, no more homework, indah hidup!
Tapi, apa yang aku bayangkan semua meleset sama sekali. Penatnya cari duit. Kerja daripada pagi kadang sampai malam. Rehat pun x cukup. Kaki tangan badan semua lenguh, lesu.
Masa tu baru tahu betapa susah dan penatnya mak dan abah nak cari duit sebab nak sara family.
Maka, timbul la rasa menyesal yang menggunung dalam diri ini. Rasa nak repeat balik zaman sekolah sebab nak study hard untuk SPM (Masa tu ada terbit rasa yg result SPM bakal hancuss)
Dan akhirnya aku sambung kerja sampai bulan 5, 2013.

2013:

Zaman aku kerja.
Bulan 3 ke 4 entah result SPM yang ditunggu tunggu keluar.
Disaat orang lain happy dapat result SPM, aku rasa aku bodoh sangat masa tu sebab dapat result macam tu. Dah la kelas sains.
Aku tahu mak dan abah kecewa gila dengan result aku. Tapi, aku tak mampu nak buat apa apa sebab semua berlaku disebabkan kedegilan aku sendiri. :(   *maafkan acik ye mak dan abah.

Saat isi UPU, aku tak tau apa yang aku nak masa tu. Maka, semuanya aku suruh mak aku yang tentukan.
Masa berlalu pergi dan tibanya saat result UPU keluar.....
Betapa semangatnya aku check dengan harapan dapat masuk Universiti, tapi semua itu hanya mimipi. Aku tidak berjaya masuk alam universiti pada tahun 2013 dan perasaan masa tu hanya Allah je yg tahu. Dan sekali lagi, aku tahu mak dan abah kecewa ya amat. Aku memohon rayuan ke UPU dan masa tu aku bertekad dalam hati yang aku akan ikut segala suruhan mak dan abah sebab aku pernah dengan orang cakap "Restu dan redha ibu bapa amat penting"
Dan saat itu, mak dan abah suruh aku masuk form 6 untuk sambung belajar.

Minggu pertama sebagai pelajar form 6, aku sambung di SMKTPPTM.
Pastu, mak rasa macam tak best sekolah tu untuk aku, mak pergi PPD untuk tukarkan aku ke SMKC. Lagipun, masa tu SMKC top dengan result STPM. Nombor 1 dalam Pahang ok. Sekolah tu dah tak nak terima pelajar sebenarnya, tapi sebab Pak Ndak tolong maka dapat la aku belajar kat sana.

Minggu pertama kat SMKC, serius kateko aku memang tak de hati dan semangat pun sebenarnya nak belajar kat sana. Dan hati aku ni tak nak pun form 6. Tak sabar2 nak tunggu result rayuan UPU keluar sebabnya tak nak dah belajar kat sekolah. Takde class katanya umur 18 dah tapi still kena pergi sekolah dan pakai baju sekolah.

Hari yang dinantikan telah tiba. Masih segar dalam ingatan aku. Hari result rayuan UPU keluar ialah hari Jumaat dan aku ponteng sekolah masa tu semata nak check result. Excited nak mampus masa tu sebab konon dapat blah dari form 6. Apa yang aku nak, sekali lagi terkubur, Aku kena stay form 6 sebab gagal lagi.

Aku sedih. Mak dan abah bagi kata semangat kat aku. Dan bagitahu segala kebaikan tentang form 6 kepada aku dengan harapan aku akan suka dan minat. Aku masih tiada minat. Dan aku lalui hari hariku dengan penuh keluhan dan kemalasan, Setiap hari bangun pagi dengan harapan hari tersebut ialah sabtu.

Tibanya exam semester 1. Tahun berikutnya aku dapat result. (akan dipendekkan cerita sebab kalau tak, panjang sangat aihh) Memang berdebar la kan. Aku dapat la seketul A subjek BM dan seketul F subjek Pengajian Perniagaan(PP). Aku memang tak minat belajar bisness, tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan fakta yang perlu dihafal terlalu banyak. Btw, pointer aku masa tu hanya 2.00. Teruk kan? Lepas tu aku mula berubah.




2014:

Semester 2, dan result yang hampir sama BM dapat A dan PP tetap F seperti biasa. Geo dan Pengajian Am(PA) meningkat. Pointer 2.5++ Tak capai 3. Tapi, bagi aku ok la tu sebab ada peningkatan daripada sem lepas. Btw, sem 1 aku ada repeat subjek PP dan Geo. Sem 2 aku repeat PA. Dan start masa tu aku dah mula tahu apa minat aku. Aku minat sangat Bahasa melayu.

Hari demi hari aku berubah. Aku mula serius lebih sikit dalam belajar. Sampai bila aku nak main-main kan?? Kalau orang lain study hard, aku extra hard sebab nak cover exam sbelum tu lagi.
Sebenarnya, masa tu ade jugak la perasaan fedup dengan PP sebab asyik failed hahaha.

Semester 3, dapat result yang amat baik dan memberansangkan. PP yang asyik failed aku dapat melonjak jadi B. Ya rabbi, syukur sangat. Dan pointer aku masa tu 3.17. ok la tu bagi aku. hahaha. Masa dapat tau PP dapat B, terus aku wassap cikgu Asno (cikgu PP aku). Punya la excited aku masa tu.

2015: 

Lepas habis STPM, aku kerja.

Bulan 4 result STPM full keluar. Dan Alhamdulillah result baik dan aku dapat anugerah.
First time naik stage SMKC terima anugerah. huhuhu
Kena isi UPU lagi. dan aku pilih kos BM la sebab memang aku minat. Dipendekkan cerita lagi aku tak dapat dan aku sedih untuk kali ke berapa entah. banyak gila dugaan nak berada pada tahap sekarang(22/9/2015)

Aku menangis dan rasa macam tak nak hidup dah dan rasa amat tak berguna kat dalam family. Kali ini aku terdengar abah cakap "Abah ingat ada la anak abah dapat masuk IPTA"
Hati aku berkecai dengar. Tapi, aku tahu hati mak dan abah lagi berkecai, tersiat, terobek yang amat teruk daripada aku. Dalam masa yang sama, dieorang bagi kata semangat dan suruh aku muhasabah diri diatas kekhilafan diri pada masa lalu. Mak abah suruh aku buat rayuan UPU dan suruh fikir nak masuk IPTS yang mana kalau gagal lagi kali ni.

Hati aku mati matian tak nak IPTS. Masa tu aku banyak bersedih dan meratapi nasib, Dalam masa yang sama aku asyik muhasabah diri sampai satu masa aku menangis bagai nak gila depan mak. Mak pujuk aku sampai aku berhenti menangis. Masakan tidak sedih dan menangis, aku rasa hidup aku hampir berakhir sebab tak dapat IPTA. Aku tak nak tambah beban mak abah nak tanggung belajar IPTS. Kos tinggi sangat sebab angah dulu belaja kat IPTS, MMU.

*****Sebab aku nak sangat masuk IPTA:
Nak bukti kat orang yang selalu pandang rendah kat aku :(
Adalah orang tu selalu ingat, aku ni bodoh sangat sebab tu masuk form 6 je.
(Form 6 bukan untuk orang bodoh, kau tak tahu betapa struggle nya pelajar form 6 nak laluinya. dengan PBS yg berlambak. Masa yang singkat dan fakta yang banyak nak hafal. Kau yang mengutuk form 6 tu, kau rasa kau boleh lalui ke?)
Dan aku nak banggakan mak abah. Cukup la mak abah malu bila orang tanya anak dia punya result.

30/8/2015
Tarikh keramat.
Aku tengah tido kat depan TV. Tetiba mak kejut cakap "Acik Universiti Malaya(UM) call!!! Dia cakap acik dapat masuk UM"
Lepas tu aku pun cakap dengan orang UM tu. Dia cakap tahniah sebab berjaya masuk UM dan kos nya ialah Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (Linguistik Melayu)"

Ya Rabbi, aku happy tak terkata. Aku menangis peluk mak aku. Aku tak sangka aku dapat UM dan dapat kos yang aku nak sangat, Rasa segala kesabaran dan pengorbanan aku selama ini telah membuahkan hasil yang lumayan.



6/9/2015
Hari perpisahan dan family. Aku didaftarkan ke UM.

Dan harini, aku boleh dah nak bangga dengan diri sendiri sebab dah berjaya masuk ke alam universiti. Dan mak dan abah pun boleh dah nak berbangga sebab anak kesayangan diaorang dah masuk UM!! Sekarang, satu je target aku.... Nak genggam segulung ijazah dan bagi kat mak dan abah. Betul la orang cakap, redha dan restu ibu bapa amat penting dalam hidup.



Kalau tak disebabkan aku ikut je apa kemahuan mak dan abah, aku rasa tak mungkin aku dapat ambik gambar kat sini dan belajar di sini.


Dan perancangan Allah tu indah sangat. Kenapa aku cakap macam tu??
Niat aku ni,nak sangat sambung kat UPM / UKM.
Tapi, Allah maha mengetahui segalanya.. Aku dapat UM di Petaling Jaya dan boleh dikatakan agak dekat dengan along. Along duduk dekat Damansara. So, kalau ada pape masalah. Along ada.
See, betul kan perancangan Allah itu indah. Alhamdulillah.

Nasihat aku untuk adik2 yang mengalami sama seperti apa yang aku lalui, 

  • Jangan give up
  • Pedulikan anasir jahat. contoh macam makcik2 kepohci yang mengata kau
  • Kembali kepada Allah, cari Dia, Doa, Mintak. InsyaAllah Dia tolong. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita
  • Dengar dan turut lah kehendak ibu bapa mu. Mereka tahu dan kenal anak mereka
  • Usaha, doa dan tawakal (Jangan pulak kau tak berusaha pastu kau harap menda tu bergolek datang kepada kau, Jangan ye dik)
Million Thanks to Mak Abah Along Angah Adik, jiran jiran yang dah dianggap macam keluarga terutama Arwah MakCik Yah (bagi semangat masa mula2 masuk form 6. Sayang nya, makcik Yah x sempat tengok adik masuk U :'( Al - Fatihah), Kawan2 yang ada dikala aku kesedihan dan sentiasa support aku. Malas nak mention nanti bila terlupa mention, takut terase pulak. hehehe

Thanks jugak cikgu2 SMKC sebab sudi mengajar saya dan semua geng form 6 SMKC!

I love you all and forever will be.

Sampai sini jela. Esok ade kelas pulak. Sekarang dah Pukul 2 pagi pun.
Selamat Pagi dan Assalamualaikum. kita tunggu pulak next post bila ye. hahaha


P/S: Masa result rayuan UPU keluar, aku ditawarkan ke Unimas, Sarawak. Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian (Hubungan Industri dan Perburuhan).

P/S/S: Nasib la dapat UM. Duduk sini pun sibuk nak balik Kuantan. Agaknya macam mana la duduk Sarawak?? hahahaha
Thanks kerana sudi baca entry saya..Jangan lupa untuk FOLLOW/COMMENT/LIKE..hehe :)

Thursday, April 12, 2012

Hikmah Disebalik Penyakit


Assalamualaikum..

**haaasyiiiuumm!
blog ku ini semakin berhabuk..sebab lama dah tak servis (update)..haha

okay, terlebih dahulu,. aku nak mintak maaf kepada peserta contest yang aku dan Fana organise tu..
contest tu terpaksa dibatalkan..
sebab, peserta kurang dan contest ini tidak mendapat sambutan..
almaklumlah, hadiah die.. ciputtt je..
huwaaa :(

berbalik pada tajuk diatas, HIKMAH DISEBALIK PENYAKIT.


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, maka Allah mengutuskan 4 Malaikat kepadanya:


1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAHNYA ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA


Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan meyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua, Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi Allah TIDAK menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Jadi, janganlah kita membenci kesakitan, sesungguhhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

Oleh itu, bersyukur lah kerana Allah memberi kita penyakit / kesakitan....
Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya... :)




p/s: 16 April - 19 April aku ade Program Sempurna A kat Gambang Resort.. Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang pilih.. ALHAMDULILLAH :D 


Thanks kerana sudi baca entry saya..Jangan lupa untuk FOLLOW/COMMENT/LIKE..hehe :)

 
Copyrights reserved by Nooral Aisyah Syahirah since 2 OCTOBER 2010. Designed-edited by Amanina Jailani.